Memerhatikan gelagat dan sikap manusia yang berbagai-bagai. Ada yang gembira dan sedih, ceria dan muram, memberi dan menerima dan sebagainya. Ada orang seperti parasit, tidak kurang juga seperti epifit dan juga saprofit. Apakah itu? Ini adalah istilah sains yang agak menarik untuk direnugi bersama. Parasit mengikut makna sainsnya ialah tumbuhan yang meneruskan hidupnya dengan bergantung sebahagian atau seluruh hidupnya pada tumbuhan lain untuk mendapatkan tenaga dan boleh menyebabkan kerosakan. Ada juga parasit berbentuk organisma yang menyerang manusia atau haiwan yang menyebabkan penyakit. Epifit pula ialah tumbuhan yang tumbuh sendiri atau menumpang, tidak menggunakan sumber tenaga dari tumbuhan lain dan boleh melakukan proses dengan sendirinya.
Showing posts with label Alam. Show all posts
Showing posts with label Alam. Show all posts
Monday, October 18, 2010
Friday, August 27, 2010
Kita adalah Simetri....
Sudah lebih 3 tahu tidak menghadap matematik sejak tamatnya peperiksaan SPM 2006, tiba-tiba teringin nak membuat minor dalam ekonomi dan subjek yang perlu diambil adalah Bisnes Matematik. Apabila masuk sahaja kelas, memang agak sukar untuk memahaminya sebab masa disekolah dahulu, aku belajar dalam bahasa Melayu, sekarang bahasa Inggeris. Tapi itu bukanlah masalah utama tetapi semakin hari aku makin teruja walaupun dalam keadaan payah. Kali ini ada perkara yang ingin dikongsi mengenai matematik iaitu SIMETRI.
Tuesday, July 20, 2010
H2O
Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen
Itulah serba sedikit pengenalan air dari segi sains. Ia adalah sejenis cecair yang ringkas untuk manusia fahami.
Sunday, July 11, 2010
Tanah, dimanakah kita?
Sejak kita boleh berjalan, dari saru langkah kecil hingga berlari selaju yang mungkin. Apa yang kita pijak saban hari adalah tanah. Walaupun bumi ini diliputi oleh sebahagian besar air iaitu lautan, tetapi dilapisan bawah lautan itu adalah tanah.
Jika kita lihat, tanah dibumi ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Yang pertama ialah tanah yang subur. Apabila air turun diatasnya, ia menyerap air tersebut dan memberi manfaat kepada yang lain. Tanah amat baik dan sangat disukai oleh para petani kerana ia dapat memberi hasil yang baik. Ia boleh diumpamakan seorang manusia yang menerima input-input yang baik, diamalkan olehnya seterusnya disebarkan kepada orang lain.
Saturday, July 10, 2010
Pelangi, Bezanya tidak Berpisah
"Yelah".
Subhanallah, sungguh indah pelangi yang dicipta oleh Allah. Sungguh cantik, unik, dan besar dan tidak mampu untuk manusia melakukannya sebesar itu. Fenomena kejadian pelangi itu disebabkan oleh fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

