Tuesday, July 20, 2010

H2O

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen

Itulah serba sedikit pengenalan air dari segi sains. Ia adalah sejenis cecair yang ringkas untuk manusia fahami.


Bersama bermanfaat

Jika dilihat kembali, air terhasil dari tindakan kimia dari dua jenis zarah atau atom yang berbeza iaitu hidrogen dan oksigen. Secara mudahnya hidrogen adalah sejenis gas yang mudah terbakar dan ringan manakala oksigen adalah gas yang digunakan untuk pernafasan dan juga pembakaran. Tetapi apabia ia bercantum menjadi satu molekul yang boleh menyejukkan haba, kepanasan, menyuburkan dan amat berguna kepada semua makhluk. Ia dapat memberi manfaat kepada semua makhluk.

Hebatnya Yang Maha Pencipta. Mencipta dua molekul yang berlainan tetapi bergabung menjadi satu jisim yang bermanfaat. Berbeza bukanlah berpisah atau bercerai tetapi bersatu.

Sudah menjadi kebiasaan manusia apabila berbeza idea bukan itu sahaja ditambah lagi dengan berbezanya bangsa, keturunan, adat resam dan sebagainya, mereka tidak mahu bersatu dan berpecah. Tetapi jika yang beza itu dijadikan kelebihan untuk bersatu maka insyaAllah akan maju. Bukan asyik bergaduh dan bertengkar dan akhirnya dihina orang dan merugikan diri sendiri. 

Mengambil contoh air, ibarat dua orang yang berbeza tetapi menjadikan perbezaan itu satu nilai tambah, ia akan dapat memberi manfaat bersama dan juga orang yang disekelilingnya. Sebagaimana maksud hadis Rasul S.A.W:
“ Sebaik-baik manusia itu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain...”
 
Seperti air tadi yang asalnya dari molekul yang boleh membakar tetapi bergabung menjadi bahan yang boleh memadamkan bukan memarakkan kebakaran. Sebagaimana yang disebutkan tadi, jika manusia bersama menjadikan perbezaan itu satu kebaikan yang positif sudah tentu menjadi manfaat. Renung-renungkan....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails