Thursday, September 18, 2008

MALAM YANG AGUNG


Alhamdulillah,sekarang kita sudah hamper diakhir bulan ramadhan yang mulia ini. Sejauh manakah amal kita sepanjang bulan ini. Adakah bertambah atau semakin berkurang? Adakah semakin baik atau sebaliknya? muhasabahlah diri. Allah telah berfirman, maksudnya” hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan”

Sebagaimana yang kita ketahui, ramadhan adalah bulan yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang beriman dan juga bulan yang diturunkan Al Quran kepada kekasihNya, Muhammad s.a.w. Di dalam bulan ini juga, terdapat satu malam yang agung,yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu ialah ‘Malam Lailatul Qadr’. Allah telah berfirman di dalam surah Al Qadr:

إنا أنزلنه في ليلة القدر (1)
1. Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[1593].
وما أدرىك ما ليلة القدر (2)
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
ليلة القدر خير من الف شهر (3)
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تنزل الملئكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر (4)
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سلم هي حتى مطلع الفجر (5)
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Surah ini membicarakan mengenai malam bersejarah yang dijanjikan Allah dan disambut seluruh alam denganpenuh gembira iaitu malam perhubungan mutlak di antara bumi dan alam Mala’ul-A’la, malam permulaan turunnya al Quran kepada hati Nabi Muhammad s.a.w, malam peristiwa agung yang belum pernah disaksikan bumi sumpamanya, baik dari segi kebesaran dan maknanya mahupun dari segi kesan-kesannya dalam kehidupan seluruh manusia, iaitu kebesaran yang tidak dapat dijangkaui oleh fikiran manusia.

Ayat-ayat al Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilau-kilau memancarkan nur, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu nur yang gemilang di dalan al QuranNya. Juga nir para malaikat dan Jibril yang berulang-alik di sepanjang malam itu diantara bumi dan alam al-Malu’ul-A’la. Juga nur cahaya fajar yang menyinsing yang disebut oleh ayat-ayat al Quran selaras dengan cahaya wahyu, cahaya malaikat dan roh kesejahteraan yang menyelubungi alam dan roh-roh yang wujud di ala ini.

Di sini terdapat berbagai-bagai riwayat yang menentukan malam itu. Sesetengah riwayat menentukannya pada malam 27 Ramadhan. Sesetengah pula menentukannya pada malam 21 Ramadhan. Dan ada pula yang menentukannya pada salah satu malam dari sepuluh malam terakhir, dan setengah riwayat mengatakan mapada mana-mana malam si bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun malam itu adalah tetap salah satu malam dari malam-malam bulan Ramadhan mengikut pendapat yang lebih rajih.

Malam itu dinamakn ‘ Lailatul al Qadr ‘. ‘ al-Qadr’ disini mungkin dimaksudkan dengan makna perencanaan dan pentadbiran atau malam penentuan dan penyusunan tadbir Ilahi dan mungkin pula dimaksudkan malam yang amat tinggi nilai dan darjat atau malam keagungan. Kedua-dua itu sesuai belaka dengan peristiwa malam yang amat agung itu, iaitu peristiwa Nuzul Quran atau turunnya wahyu dan perutusan dari Allah. Ia merupakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan hidup manusia.

Akan tetapi, kerana kejahilan manusia telah melupakan keagungan Lailatul Qadr, sejak itulah mereka telah kehilangan nikmat Allah yang paling indah. Di samping kerugian kebahagiaan dan kedamaian yag hakiki iaitu kedamaian hati, kedamaian rumahtangga dan kedamaian masyarakat yang dikurniakan oleh Allah. Kerugian-kerugian itu tidak dapat diganti oleh kejayaan-kejayaan mereka dibidang kemajuan kebendaan, tamadun dan pembangunan. Walaupun mereka kini mewah dengan hasil-hasil pengeluaran, kemudahan dan kejayaan dalam pelbagai bidang, namun jiwa mereka merana tidak bahagia.

Cahaya indah yang menerangi jiwa mereka itu telah padam, dan kesukaranyang gemilang yang telah membawa mereka kea lam al-MalaulA’la telah pun hilang. Kedamaian dan ketenteraman yang telah menyubungi jiwa dan hati mereka telah lenyap, dan tiada suatu pun yang dapat menggatikan kesukaan roh, pancaran cahaya langit dan kebebasan terbang ka alam ‘Illiyin itu.

Sumber:Tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails