Saturday, September 13, 2008

SEKELUMIT SENYUMAN, SELAUT KEUNTUNGAN

Selepas pulang dari Syam dengan membawa keuntungan yang banyak, Khadijah binti Khiwailid kagum dengan Muhammad. Beliau ingin tahu bagaimana Muhammad dapat menjalankan urusniaganya sampai mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Khadijah memanggil Maisarah, iaitu pembantu lelakinya yang turut bersama Muhammad berniaga ke Syam.
“Maisarah, bagaimana Muhammad menjalankan perniagaan ini sehingga mendapat keuntungan yang besar?” Tanya Khadijah, janda dan hartwan itu kepada Maisarah.
Maisarah dengan senang hati menceritakan,”Puan, sesungguhnya saya kagum san hairan melihat Muhammad berurusn niaga. Cara yang beliau lakukan berlainan sekali dengankebanyakan orang berniaga. Biasanya peniaga-peniaga bangsa kita akan meletakkan harga harga barang dagangan setinggi-tinggi harga yang boleh. Ini bagi mendapatkan keuntunganyang lebih. Tetapi, Muhammad lainpula caranya,puan.”
“ Apakah cara yang lain itu, wahai Maisarah?” Tanya Khadijah tidak sabar ingin mendengar keterangan Maisarah.”Muhammad akan memberitau pembeli dengan harga pokok barang yang hendak diual. Kemudian beliau akan meminta pembeli membayar harga yang pembeli itu mahu. Dengan semikian, pembeli berasa senang hati kerana mereka tidak rasa tertipu seperti peniaga lainyang inginkan keuntungan cepat. Malah mereka terus membeli semua barang kita,puan.”lapor Maisarah dengan senang hati.
Khadijah tersenyum mendengar cerita Maisarah.
“ Satu lagi puan!” tiba-tiba Maisarah menyambung ceritanya.
“ Apa dia, Maisarah? Ceritakanlah,” kata Khadijah.
“Muhammad sangat mulia hatinya ,puan. Beliau akan menjual pada harga asal kepada orang miskin yang memerlukan barang tanpa menawarkan harga yang lebih seperti beliaua menjual kepada peniaga lain. Beliau bertimbang rasa dan sangat bersimpati pada orang miskin,” sambung Maisarah.
Khadijah seronok mendengar cerita Maisarah. Beliau tersenyum. Beliau sendiri sebenarnya kagum dengan kemuliaan Muhammad. Sifatnya yang jujur dan amanah disenangi semua orang.
“ Ada sartu lagi yang puan perlu tahu berkenaan Muahammad,” kata Maisarah apabila melihat majikannya tersenyum sendirian.
“ Saudara ini, ceritakanlah semuanya. Jangan biarka saya bertanya,” kata Khadijah.
Sambil tersenyum Maisarah menceritakan,” Satu lagi yang menjadikan barang-barang dagangan kita laris terjual semasa di Syam adalah kerana Muhammad juga. Wajahnya yang tampan itu sentiasa terukir dengan senyuman. Beliau sentiasa tersenyum pada semua orang yang berurusan dengannya. Walaupun Muhammad tidak banyak bercakap, tetapi beliau sentiasa memberikan senyuman. Dengan senyuman beliau itu sudah cukup membuatkan barang-barang kita habis terjual,” uajr Maisarah sambil mengusik majikannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails