Sunday, February 22, 2009

Mahabbah Trip


















Bismillah....Selawat dan salam kepada junjungan kita Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, pada 21 Febuari 2009, Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam telah menganjurkan satu program kasih sayang iaitu Mahabbah Trip Visit To Orphanages bertempat di Asrama Damai Kuang Selangor. Program ini telah disertai oleh 50 orang mahasiswa dan lebih dari 70 orang dari penghuni rumah tersebut. Program ini telah disempurnakan oleh pengetua Asrama Damai, presiden persatuan dan juga pengarah program.

Objektif program ialah untuk mengeratkan ukhwah islamiyah antara kami serta mambimbing adik-adik kearah yang lebih baik. Di samping itu, dapat juga diantara kami berkongsi perasaan dan luahan hati. Program selama satu hari ini tidak cukup bagi kami kerana masa yang terlalu singkat tidak sesuai untuk membimbing adik-adik. Walauapapun, ia telah banyak memberi pengajaran kepada kami InsyaAllah buat selamanya.

Dari aspek modul, banyak modul kurang sesuai bagi sekolah rendah, bagi sekolah menengah tiada masalah kerana ia sesuai dengan level mereka. Walau apapun, ia adalah pengalaman yang amat berharga buat kami dalam proses belajar dan mengajar. Kami mendoakan adik-adik di sana agar berjaya di dunia dan akhirat. Erti Hidup Pada Memberi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails