Sunday, March 13, 2011

Belajar dari Layang-Layang


Sekumpulan sahabat bertungkus lumus membuat layang-layang kerana teruja atas ajakan seorang senior untuk bermaian layang-layang. Apabila sudah siap, ada di antara mereka cuba untuk menerbangkan layang-layang tersebut. Ada yang berjaya naik, ada pula yang gagal, dan ada juga yang baru sahaja naik terus rosak. Ketika ada angin, semua berlumba-lumba untuk menerbangkannya, apabila tiada angin, masing-masing reda dan pasrah.
“ Tengok layang-layang abang, naik” teruja senior itu sambil bagi memberi semangat kepada yang lain.


Ibrah dari layang-layang

“ Saya ada masalah ni, tengah down……” cerita seseorang kepada teman baiknya.

Begitulah lumrah kehidupan bagi seorang yang dinamakan sebagai manusia. Allah menciptakan manusia sebagai hambaNya untuk mangabdikan diri kepadaNya. Juga sebagai khalifah untuk memimpin makhluk dibumi ini dengan menyampaikan kebenaran. Semua perkara ini akan diuji. Sebagaimana firman Allah:
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan," Kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?" An Ankabut:2.

Ayat ini menjadi bukti bahawa setiap orang Islam akan diuji keimanannya dengan pelbagai bentuk ujian sama ada yang disukai ataupun dibenci. Ujian yang Allah datangkan kepada manusia mempunyai 3 bentuk iaitu kifarah, bala', dan juga ibtila'. Tapi sedarlah bahawa setiap ujian yang hadir itu sebenarnya tanda Allah hendak meningkatkan darjat kita disisiNya.

Kita lihat layang-layang yang terbang itu, jika hendak terbang tinggi mestilah melawan arus angin. Jika layang-layang tersebut selesa mengikut arus angin, maka sudah tentulah ia akan jatuh tersembam ke bumi kerana mengaku kalah. Semakin kuat arus angin, semakin tinggilah terbangnya. Itulah fitrah bagi sebuah layang-layang. Anggaplah layang-layang tersebut sebagai diri kita dan angin itu sebagai arus ujian yang tidak berhenti. Setiap ujian akan mematangkan kita. 

Tetapi, sejauh manakah kuatnya layang-layang melawan arus tersebut? Sudah tentulah ia dipandu oleh seutas tali yang kuat menampung segala bebanan tersebut.Jika menggunakan tali yang nipis mudahlah untuk putus. Apakah tali kekuatan bagi manusia? Sudah tentulah pegangannya pada agama, kepercayaan dan keyakinannya pada Allah hendaklah teguh.

Sebagai seorang pejuang Islam, ujian dan tomahan itu adalah asam garam dalam perjalanan di jalan yang penuh liku, onak dan duri . Walaupun ada antara mereka itu adalah orang yang paling hampir dengan kita. Lihatlah, sejarah telah pun mencatatkan bagaimana perjuangan Nabi s.a.w ditentang dan dihalang oleh bapa saudaranya sendiri. Sedarlah wahai teman, apa yang kita lalui hanyalah secebis dari apa yang dirasai oleh nabi kita.

Allah berfirman:
" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan  sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa, da buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," Al Baqarah:155.

Sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar menghadapi ujian. Bahawa Allah pasti akan membayarnya. Sama-sama lah kita renungkan terbangnya layang-layang....Subhanallah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails