Monday, May 3, 2010

Kembara 3: Mereka adalah Cermin

Pada minggu lepas, aku datang ke Tahfiz ABIM dengan membawa amanah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap orang yang berada dibawah ku. Aku tahu, mereka amat memerlukan penjelasan yang lebih mendalam dan perancangan yang lebih mantap. Tetapi aku tidak pasti dapatkah aku memberikan yang terbaik kerana inilah kali pertama aku mengendalikan induksi walaupun sebelum ini aku pernah menghadirinya, tetapi kali ini berbeza. Saban hari aku memikirkan apakah yang perlu dibawa kepada mereka. Tetapi aku tetap cuba yang terbaik. Mereka amat gembira apabila bertemu antara satu sama lain.

Sesi bermula dengan ta'aruf, tanzim haraki, usrah dan pelan tidakan. Aku memberikan penerangan terhadap mereka satu persatu. Walau apapun, aku pasti tidak semua yang ku jelaskan mereka boleh memahami dengan baik mungkin sedikit itu pasti ada. POA dan SWOT adalah sesi yang amat penting bagi ku kerana disitu adalah muhasabah bagi ku terhadap apa yang telah aku laksanakan selama setahun. Banyak perkara yang aku terlepas pandang akan keperluan mereka sebenarnya kerana aku ditaklifkan tanggungjawab yang terpenting. Harapan yang diberikan dan kekurangan yang perlu dibaiki perlulah dilakukan bersama.

Tetapi aku amat bersyukur kerana mereka adalah cermin bagi ku. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama dijelaskan, sama-sama diperbaiki. 

# Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, jika kita hanya mengharapkan tanpa menjalankan peranan maka kesempurnaan yang diharapkan sukar untuk menjadi realiti.
# Aku tetap belajar untuk menjadi sempurna. Terima kasih kepada cermin-cermin yang menyedarkan siapa aku.

1 comments:

NUR DAIE said...

salam...tahniah.....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails