Wednesday, April 28, 2010

Kembara 2: Stormreaders



Pagi tadi, aku pergi ke HQ Stormreaders yang merupakan anak buah syarikat Telaga Biru. Kehadiran ku ke situ adalah untuk mengambil buku-buku yang telah ku tempah kerana aku meripakan salah seorang ahli bagi syarikat perniagaan tersebut. Kehadiran ku disambut dengan baik sekali oleh staf-staf yang bekerja disitu. Aku menunggu beberapa minit untuk mengambil buku-buku yang telah ku tempah.

Apabila aku sudah dapat buku-buku tersebut lebih kurang 5 buah semuanya, seorang pak cik turun dari tingkat atas.
“ Pak cik staf sini atau ahli stormreaders?” aku bertanya.
“ Pak cik ahli je”
“ Dah ramai pak cik taja orang?”
“ Ada la lebih kurang 27 orang”
“Oo, saya baru je lagi join ni”
“ Bisnes stormreaders ni senang je, kalau kamu jual buku macam kat kedai-kedai tu, kamu dapat 30% untung. Tapi, kalau kamu join bisnes ni, kamu boleh dapat banyak lagi untung dan bonus yang syarikat bagi, lepas tu kamu boleh pilih buku apa yang kamu nak tak payah ada store nak simpan. Kalo jadi peniaga kena beli banyak”.

Pak cik tersebut menerangkan pelan pemasaran kepadaku menyebabkan aku semakin tertarik kerana aku kurang faham sebelum ini walaupun sudah diterangkan oleh upline ku sama ada dari segi bonus, akad, hibah, tips-tips dan sebagainya. Kerana sebelum aku menyertai bisnes ini, aku sudah menyelidiki latar belakang syarikat dan bisnes yang dijalankan. Setelah ku yakin, aku menyertainya tanpa ragu-ragu.

Selepas lama aku berbual, barulah aku tanya nama pak cik tersebut. Beliau merupakan seorang bekas komando. Macam-macam pengalaman yang diceritakan oleh pak cik tersebut ketika dihantar keluar negara seperti di Moro yang merupakan kawasan konflik antara kaum muslim dan pihak kerajaan.

“ Kalau kat sana, tengok orang perempuan bagus je baca al-Quran kat bawah pokok pisang, tapi peluru bersilang kat dada, ada bom roket. Semangat jihad diorang nak pertahankan tempat tu. Kawasan yang dia kawal tu sebesar Melaka, askar kerajaan pun tak boleh masuk. Kalau ada orang belot, dipancung terus”.

Pak cik tersebut menyambung lagi” Lepas tu anak diorang ramai, semua di bawa sekali tuk jaga kawasan. Pak cik tanya macam nak perang dengan anak yang ramai dan kecik pulak tu. Perempuan tu menjawab dia tak risau kalau anak diorang mati walaupun masih kecik lagi. Tak sedih pun”. 

Aku bertambah seronok mendengar pengalaman opak cik tersebut.
“kalau nak kenal negara sendiri pergi la ke tempat orang”

Tiba-tiba perbualan ku diganggu oleh panggilan daripada kawan ku yang ingin meminjam helmet. Tetapi aku mengatakan tak boleh sebab tidak ada di UIA.

Tidak lama kemudian aku beredar kerana aku ada kelas pada pukul 11.00 pagi

# Bersyukurlah dengan kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita kerana kita tidak perlu mengangkat senjata untuk menjaga keamanan negara. Tanamlah semangat jihad dan jangan jadikan diri kita sebagai golongan yang tercicir di dalam perjuangan.
# Stormreaders merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan patuh 100% syariah, mempunyai pelan pemasaran yang jelas boleh layari http://www.stormreaders.com atau kedai saya http://www.stormreaders.net/hadi89.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails