Monday, August 2, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 dalam kelandar Islam dan merupakan bulan yang paling suci bagi masyarakat Islam. Sebelumnya datang Ramadhan, umat Islam telah melalui  bulan Rejab dan juga Syaaban. Dua bulan ini dianggap sebagai bulan persediaan atau latihan sementara tibanya bulan Ramadhan yang penuh barakah agar umat Islam lebih bersedia untuk menghadapinya.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..." al Baqarah:185

Ramadhan juga adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan antaranya diturunkan Al Quran, terdapatnya malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bulan Ramadhan juga dikenal sebagai bulan tarbiyyah yang mana ia bertujuan untuk mendidik jiwa manusia yang sudah lama layu, kusam dan suram dari nur iman.

# Ini hanyalah sedikit perkongsian ringkas agar kita sedar dan merasai kehadiran bulan ini. Saya yakin kita semua tahu makna, kelebihan dan pantang larang bulan Ramadhan ini. Semoga ini menjadi titik permulaan untuk kita mengetahui dengan lebih lanjut melalui pembacaan dan kajian individu.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

.::Ramdhan Kareem::.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails