Monday, October 18, 2010

Parasit atau Epifit

         Memerhatikan gelagat dan sikap manusia yang berbagai-bagai. Ada yang gembira dan sedih, ceria dan muram, memberi dan menerima dan sebagainya. Ada orang seperti parasit, tidak kurang juga seperti epifit dan juga saprofit. Apakah itu? Ini adalah istilah sains yang agak menarik untuk direnugi bersama. Parasit mengikut makna sainsnya ialah tumbuhan yang meneruskan hidupnya dengan bergantung sebahagian atau seluruh hidupnya pada tumbuhan lain untuk mendapatkan tenaga dan boleh menyebabkan kerosakan. Ada juga parasit berbentuk organisma yang menyerang manusia atau haiwan yang menyebabkan penyakit. Epifit pula ialah tumbuhan yang tumbuh sendiri atau menumpang, tidak menggunakan sumber tenaga dari tumbuhan lain dan boleh melakukan proses dengan sendirinya.


Manusia Parasit dan Epifit
        Manusia parasit boleh diertikan sebagai manusia yang suka mengganggu dan menyusahkan orang lain. Bukan itu sahaja, manusia yang suka melihat orang lain susah, merana dan menderita juga dianggap parasit dalam masyarakat. Jika didalam sebuah organisasi, amalan rasuah, menjatuh dan menfitnah orang lain juga adalah parasit kerana ia dianggap buruk dan keji dalam agama Islam. Seperti tumbuhan parasit, menumpang tetapi merosakkan dan tidak mengenang budi. Begitu juga manusia parasit ini, kadangkala tidak bersyukur dengan pemberian malah dengki dan menjahanmkan orang lain.

          Berbeza dengan manusia epifit, manusia yang baik dan boleh dikatakan mengenang budi. Seperti epifit, menumpang tetapi masih berdikari dan tidak merosakkan. Kadangkala mencantikkan. Dia berterima kasih dengan pemberian dan berusaha untuk diri sendiri. Tidak memburukkan malah mencantikkan hubungan jika bersahabat. Sebagaimana mafhum hadis" sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain...."

Oleh itu, dimanakah kita? Parasit atau Epifit? Jawapan pada tangan masing-masing....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails