Tuesday, February 24, 2009

Antara Usaha dan Pertolongan Allah

Rumah Rasululah s.a.w sudah dikepung . Sebelasa kumpuulan penjahat daripada pelbagai kabilah mengintai di sebalik persembunyian mereka. Masing-masing bersiap sedia dengan senjata terhunus. Mata mereka yang liar nyaris tidak berkelip mengawasi setiap celah yang memungkinkan Rasulullah s.a.w keluar.

Dalam situasi yang amat genting itulah, Rasulullah s.a.w menyuruh Ali bin Talib tidur di tempatnya sambil mengenakan selimut yang biasa baginda gunakan. Kemudian, baginda keluar dari rumahnya tanpa diketahui para pengepungnya. Rasulullah s.a.w terus menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq. Melalui pintu belakang, mereka berdua menempuh perjalanan ke arah selatan sejauh lima batu. Mereka berdua tiba di Gua Tsur, di atas puncak sebuah bukit yang cukup tinggi. Selama tiga hari mereka berdua bersembunyi di gua itu.

Setelah mengeatahui keadaan yang cukup selamat, dengan ditemani seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith, Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke arah selatan. Setelah melewati daerah pantai dan kawasan sepi yang hampir tidak pernah dilaui orang, mereka kembali ke arah utara menuju Madinah. Pada hari Isnin 8 Rabiulawal tahun ke-14 daripada kenabian, bertepatan dengan 23 september 622 M, Rasulullah tiba di Quba'. Di sana baginda mendirikan masjid dan tinggal selama 4 hari di situ. Setelah itu, bersama beberapa orang sahabat yang datang menjemputnya, baginda bergerak menuju ke menuju ke Madinah.

Kisah perjalanan hijrah rasulullah s.a.w itu tidak asing lagi bagi kita. Sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran. Ia tidak hanya menjelaskan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari tanah kelahirannya, Mekah menuju ke negeri hijrah, Madinah. Tapi, menyimpan pelbagai strategi, taktik dan siasat jitu menghadapi musuh.

Kejayaan Rasulullah s.a.w. menyelamaykan diri daripada kepungan dan kejaran orang-orang yang ingin membunuhnya itu, tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek utama Rasulullah s.a.w sebagai seorang manusia pun sangat nyata. Bahkan, kalau kita teliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails