Sunday, July 11, 2010

Tanah, dimanakah kita?

Sejak kita boleh berjalan, dari saru langkah kecil hingga berlari selaju yang mungkin. Apa yang kita pijak saban hari adalah tanah. Walaupun bumi ini diliputi oleh sebahagian besar air iaitu lautan, tetapi dilapisan bawah lautan itu adalah tanah.

Jika kita lihat, tanah dibumi ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Yang pertama ialah tanah yang subur. Apabila air turun diatasnya, ia menyerap air tersebut dan memberi manfaat kepada yang lain. Tanah amat baik dan sangat disukai oleh para petani kerana ia dapat memberi hasil yang baik. Ia boleh diumpamakan seorang manusia yang menerima input-input yang baik, diamalkan olehnya seterusnya disebarkan kepada orang lain.


Tanah yang kedua ialah tanah yang tidak dapat menyerap air tetapi dibiarkan bertakung diatasnya. Tanah ini juga baik kerana air yang ditakung dapat diberi manfaat kepada makhluk yang lain. Sebagai contoh laut, sungai, parit yang digunakan untuk pengairan. Ia adalah seperti seorang manusia yang menerima sesuatu yang baik tetapi tidak dapat dimanfaat olehnya tetapi diberi dan disampaikan kepada orang lain supaya manfaat itu tersebar.

Tanah yang ketiga ialah tanah gersang dan tandus. Apabila air turun, ia terus menyerap kemudian terus kering dan tidak memberi kebaikan kepada kehidupan disekeliling. Ia ibarat seorang manusia yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.

Nah, fikir-fikirkanlah. Tanah itu walaupun berada dibawah kaki kita, tetapi bermacam-macam ibrah yang boleh kita ambil. Jika diperhatikan kembali dari jenis-jenis tanah itu, dimanakah kita??

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails