Tuesday, June 8, 2010

JOM DEMO

Pada jumaat lepas, ramai umat Islam berkumpul di kota metropolitan Kuala Lumpur untuk berdemontrasi menyatakan kebencian mereka terhadap negara haram israel. Dianggarkan lebih 20 000 orang yang menyertai demo tersebut selepas solat jumaat dari Kampung Baru hingga ke Jalan Ampang. Syabas diucapakan kepada umat Islam yang menyertainya dan juga yang memberi sokongan secara langsung ataupun tidak. Inilah adalah salah satu usaha yang perlu dibanggakan dan mungkin adalah jawapan yang boleh dijawab ketika DISANA.

Tetapi, adakah hanya demo sahaja sudah memadai untuk kita menyatakan rasa kebencian itu? Cuba kita selidiki diri kita sendiri. Demo dijalanan, mengeluarkan kenyataan dimedia atau pun laman sosial tidak memadai jika tututan yang sebenar terabai, perkara-perkara yang boleh memberi impak kita biarkan. 
Sebenarnya, selain demo, ada lagi yang boleh kita sebagai umat Islam khususnya lakukan. Dalam rumah kita sebagai contoh, berapa banyak barang yang kita gunakan tetapi ia merupakan produk-produk israel. Dari belian barang itulah kita sebenarnya telah membantu musuh kita tanpa sedar. Lihat berita diakhbar link , perdana menteri selaku pemimpin negara telah menyokong pembinaan kilang Coca Cola yang merupakan produk yang akan memberi dana kepada pihak musuh. Begitu juga dengan produk rokok dan banyak lagi. Usaha yang telah dilakukan oleh umat Islam seakan mustahil untuk tercapai kerana tiada kerjasama dari semua pihak.

Selain itu, sejauh manakah amal ibadah kita? Adakah kita bersatu dalam melakukannya? Adakah kita solat secara berjemaah terutamanya Subuh dan juga waktu lain? Solat Subuh berjemaah juga adalah satu demo yang boleh dilakukan tanpa kita sedari sebenarnya. Saya masih teringat kata-kata seorang ustaz bahawa pihak rejin zionis tidak akan memberi kunci Baitul Muqaddis jika jumlah jemaah solat subuhnya tidak sama seperti solat jumaat. Mengapa? Kita lihat kembali kepada sejarah kegemilangan Islam, bagaimana umat Islam zaman dahulu boleh menawan kota-kota besar. Mereka melakukan solat secara berjemaah, bukan itu sahaja amalan sunat juga dilakukan dengan istiqamah. Kerana disitu ada roh dan kekuatan yang amat digeruni oleh musuh. Berapa ramaikah umat Islam yang solat? Belum lagi yang solat berjemaah.

Akan tetapi, realiti yang kita hadapi sebenarnya adalah umat Islam bergaduh sesama sendiri. Bukannya tentang mahu berjemaah ataupun tidak, tetapi soal furuk hingga berlaku pecah belah dikalangan umat. Bidaah, sesat dan sebagainya. Sedangkan kesatuan umat adalah wajib dan utama.

Maka, fikirkan bersama, sama-sama kita renungkan...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails