Tuesday, June 8, 2010

Kembara 4: Ini yang dinantikan

Hampir 2 bulan aku mengambil semester pendek di UIA, mengmbil 3 subjek. Tetapi aku merasa kekosongan sekian hari. Tiap-tiap minggu, aku tiada di UIA sama ada balik ataupun program diluar memandangkan aku adalah antara ahli yang aktif dan kadang-kadang sukar untuk duduk diam. Mungkin juga faktor bosan kerana kebanyakan sahabat ku sedang cuti.

Walaupun, banyak wang, masa dan juga tenaga telah aku habiskan, tetapi aku tidak kisah kerana aku ingin mencari ketenagan dan juga Marhdotillah. Hingga suatu hari, ketika aku berada di Muar, saat itulah yang aku inginkan sebenarnya, yang ku rindui iaitu Usrah. Sepanjang berada di kampus, usrah tidak dapat dijalankan kerana sibuk dengan perncangan dan juga aktiviti yang tidak dijangka.


Akhirnya, apa yang ku nantikan telah hadir. Kali ini berbeza sedikit, usrah yang dijalankan adalah bersama Abim dan Wadah Muar. Aku mengetuainya. Kalau diikutkan, tuan rumah sepatutnya yang mengetuai usrah ini. Tetapi aku tidak sebagai pengalaman. Aku agak kekok sedikit kerana perbezaan umur. Jadi adab dan laras bahasa juga hendaklah sesuai.

Bermula dengan surah Fatihah dan ta'aruf. Seterusnya pengisian dari Saudara Hannan selaku wakil Abim memandangkan senior atau otai Abim ketika itu belum hadir. Antara pengisian beliau adalah mengenai 3 perkara yang tidak akan putus apabila matinya anak Adam itu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan juga doa anak yang soleh.

Seterusnya adalah perbincangan antara KPIJ, Abim dan Wadah Muar. Antara kerisauan dan harapan, antara kegembiraan dan kesedihan. Itulah luahan hakikat yang perlu diterima dalam menjalankan usaha dakwah. Bagi aku, yang paling penting adalah ukhuwwah.

Apa pun, aku masih ingat pesanan yang disampaikan oleh Ustaz Halim:
" Jika kamu balik rumah kemudian ibu bapa kamu tanya, apa yang kamu dapat? Jika kamu tak dapat apa-apa pun, jawablah kamu dapat keampunan Allah"

Moga keampunan Allah bersama kita semua..Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails