Thursday, July 9, 2009

Sedikit Bingkisan PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI adalah satu dasar yagn telah dilaksanakan ketika era Tun Dr Mahathir pada tahun 2003. dasar ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam proses pembelajaran dan penguasaan bahasa khususnya bahasa Inggeris diperingkat sekolah. Ia dilakasanakn sepenuhnya pada tahun 2007. Maka ketika itu,tahun aku adalah tahun terakhir penggunaan bahasa Melayu.

Akan tetapi, hakikat yang berlaku adalah tidak seperti yang dijangkakan. Apabila penggunaan bahasa Inggeris dilaksanakn, bahasa Melayu semakin terpinggir. Buktinya, kebanyakan pelajar mengagungkan bahasa asing itu.

Sedikit pengalaman dari bondaku yang tercinta kerana beliau merupakan seorang guru dalam subjek tersebut. Ibu ku memberitahu bahawa PPSMI amat menyukarkan para pelajar di dalam pembelajaran terutamanya pelajar yang lemah dan juga proses pemahaman khususnya subjek sains. Yang mana belajar dala bahasa Inggeris akan tetapi carta molekulnya dalam bahasa melayu. dalam masa yang sama, ia juga turut menyukarkan guru.

PPSMI dilaksanakan oleh seseorang yang memperjuangkan bahasa Melayu satu ketika dahulu dengan menyarankan penggunaan bahasa Melayu disemua universiti dan sekolah. Akan tetapi, orang yang sama juga lah yang melaksanakan dasar tersebut. Tak ke munafik tu.

Alhamdulillah....martabat bahasa Melayu dikembalikan semula dengan pengunguman Tan Sri Muhyiddin melalui ucapan beliau bahawa PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012. Janji hendaklah ditepati, jangan hanya cakap sahaja tetapi tiada perlaksanaan.

1 comments:

NUR DAIE said...

salam... salam ziarah..em sy setuju apabila enta tulis apabila penggunaan bahasa melayu digunakan bahasa ibunda kita terpinggir dan dilupakan..sy juga ingin katakan, realitinya bila kita lihat madah sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris ia lebih menyusahkan bukan sahaja pelajar tetapi guru juga sukar untuk memahamkan pelajar.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails