Monday, September 14, 2009

Kembara Johor

Alhamdulillah....Pada 11 september yang lepas merupakan hari terakhir sebelum mahasiswa UIA pulang ke kampung halaman untuk bercuti selama 2 minggu. Aku pulang bersama sahabat2 ku antaranya ali, abe, a.wan, aiman, k.balqis da fiqa menaiki unser milik bapa Ali.

Bertolak pada pukul 10 malam dari gombak kemudian terus ke nilai untuk mengambil 2 orang sahabat dan meneruskan perjalanan ke johor bahru. Perjalanan yang mengambil masa lebih 5 jam amat meletihkan kami. Ketika di dalam perjalanan ke ayer keroh, ali bercakap mengenai kisah zulaikha dan Nabi Yusuf. Kemudian dia bertnya kepada k.balqis," akak, pe yang kak tahu tentang cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha?"

Maka di jawabnya dengan keadaan yang tak berapa pasti. Kemudian ditanya pula kepada a.wan soalan yang sama.

A.wan pun menjawab," abang cuma bercakap apa yang ada kat dalam al Quran. Yang lain-lain abang tak tahu. Dalam al Quran menyebut tentang bintang dan bulan sujud kepada nabi Yusuf ketika baginda bermimpi, lalu diceritakan pada ayahnya iaitu nabi Yaakob dan ayahnya tahu itu merupakan tanda kenabian. Ayahnya melarang baginda menceritakan pada saudara-saudaranya yang lain bimbang akan keselamatan baginda kerana iri hati. Pada suatu hari saudara-saudara nabi Yusuf meminta izin dari bapanya. Pada awalnya nabi Yaakob melarang, atas desakan nak-anaknya yang lain, baginda pun membenarkan."

" Nabi Yusuf dibawa ke dalam hutan lalu dicampakkan ke dalam sebuah perigi buta dan ditinggalkannya. Saudara-saudaranya pulang dan mereka-reka cerita tentang apa yang berlaku ke atas nabi Yusuf lalu bersedih."

"Nabi Yusuf ditemui oleh sekumpulan saudagar yang ingin berniaga ke Mesir. Baginda dibawa ke Mesir dan jual sebagai hamba. Baginda dibeli oleh seorang pemerintah disana. Mengenai nama Zulaikha abang x pasti sebab tidak disebut dalam al Quran." Abang wan pun bercerita sehingga tamat. Akan tetapi dia menyambung," point dari surah ini ialah bagaimana untuk mengawal hubungan dianta lelaki dan perempuan. Ada satu bahagian dari surah ini menceritakan tentang pentadbiran dan sebagainya."


Sehinggalah tiba di perhentian Ayer Keroh, kami pergi makan KFC kerana kesemua kedai sudah pun tutp sebab sudah lewat malam. Selesai sudah menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Disebabkan radio rosak, Aiman lah ditugaskan untuk menjadi radio di dalam kereta hingga ke destinasi.

Akhirnya, kami selamat sampai di rumah Ali lebih kurang pada pukul 4.30 pagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails