Thursday, November 11, 2010

Ketika Allah Berbicara

Allah sentiasa mengingati hammbaNya

Hari demi hari kian berlalu, tanpa kita sedar semakin bertambah hari yang kita rasai, semakin berkurang umur yang kita nikmati. Sungguh nikmat apabila dapat bangkit dari tidur merasai kesejukan pagi, kesegaran udara, kehangatan cahaya matahari. Dapat melakukan sesuatu dengan  mudah hingga kita kembali merasai kematian kecil kembali.


Dalam merasai nikmat yang diberikan, selalunya kita terleka bahawa Allah selalu berbicara dengan kita. Adakah kita sedar? Bagaimana ya.. Ada dua cara Allah berbicara dengan kita, secara isyarat atau secara senyap. Bicara disini tidaklah bermaksud berkata-kata, tetapi adalah peringatan.

Bagaimana secara isyarat itu? Sebenarnya banyak tetapi kadang-kadang kita tidak sedar. Allah berbicara dengan kita melalui azan, dengan kita kita terjatuh, kemalangan, banjir, tsunami. Letusan gunung berapi juga adalah tanda Allah berbicara dengan kita. Bukan untuk penduduk setempat sahaja, tetapi seluruh dunia. Tetapi ramai yang menganggap ini hanyalah bencana alam. Semua ini adalah tanda Allah mengingatkan kita yang sering lalai.

Tiga sebab mengapa ujian itu diturunkan:
1. Untuk meningkatkan iman seseorang. Dengan peringatan dan ujian ini, seseorang itu bertamabah kukuh mannya.
2. Untuk mengingatkan. Peringatan dan ujian ini adalah untuk mengingatkan mereka yang terlupa kembali ingat kepadaNya. Ramai manusia begini, apabila menghadapi masalah barulah ingat sejadah, mengambil kembali Al-Quran yang telah berhabuk untk dibaca.
3. Untuk menyesatkan lagi manusia. Na'uzubillah.

Masih teringat lagi tahun 2007 ketika Johor dilanda banjir besar, satu petanda ingatan dari Allah. Ramai penduduk di pindahkan ke kawasan yang selamat. Khabarnya, ada pusat pemindahan disediakan dengan hiburan, nyanyian agar mereka terhibur. Apabila diberi tazkirah bahawa ini peringatan dari Allah, akhirnya diperlekehkan. Masjid yang dekat itu pun tidak didatangi.

Cara kedua adalah secara senyap iaitu kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan paling hampir bagi manusia. Apabila ada kematian, kita sepatutnya bukan sahaja bersimpati, tetapi itu adalah tanda Allah berbicara dengan kita bahawa kita akan menghadapi saat itu juga. Bacaan talkin itu juga sepatutnya adalah untuk mereka yang hidup, kenapa? Sebabnya yang sudah pergi sudah selesai tugasnya, tetapi yang masih hidup ini buku amalannya masih belum tertutup. Bersimpatilah terhadap diri yang belum cukup amal untuk ke SANA.

Saat Allah berbicara, ucaplah Astaghfirulah, Alahmdulillah dan juga zikir-zikir yang lain agar kita tidak menjadi insan yang lupa. Selangkah kita hampir kepada Allah, beribu langkah Allah hampir kepada kita..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails