Tuesday, January 12, 2010

Anggota ke Enam

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur ke atas nikmat kurniaan Allah kerana adanya Dia, wujudnya kita di dunia ini. Dengan nikmat itu jugalah kita dikurniakan anggota badan yang sihat dan sempurna berbanding dengan mereka yang kurang bernasib baik…Alhamdulillah.

Allah menjadikan manusia lima anggota yang utama iaitu mata, telinga, mulut, tangan, dan kaki. Mata dijadikan untuk tujuan melihat ciptaan Allah yang ada disekeliling kita sebagai tanda kewujudan dan kebesaranNya. Telinga pula dijadikan untuk tujuan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, mendengar tazkirah,kuliah ilmu dan juga nasihat. Mulut pula dijadikan untuk membaca al-Quran, berzikir memuji Allah, mengeluarkan kata-kata dan nasihat. Tangan pula dijadikan untuk melakukan pekerjaan yang baik, membantu meringankan beban saudara kita. Kaki pula diciptakan untuk pergi ke tempat-tempat yang elok seperti masjid, kliah ilmu dan sebagainya. Banyak perkara yang diciptakan oleh Allah untuk tujuan yang baik. Ini adalah salah satu tanda kita mensyukuri nikmat Allah dengan menggunakannya secara optimum ditempat yang betul.

Sebaliknya , ramai manusia mensia-siakan apa yang telah diberikannya tanpa menjaga dan menghargainya. Kerana sesuatu yang mudah diperoleh sukar untuk manusia mensyukurinya. Ini adalah salah satu sikap manusia yang perlu diperbaiki. Apabila nikmat ini tidak dihargai, berbagai-bagai perkara buruk berlaku seperti mata digunakan untuk melihat aurat orang lain, telinga pula mendengar lagu-lagu yang melalaikan, mulut pula digunakan untk mencaci, mengumpat dan sebagainya. Tangan dan kaki pula digunakan untuk melakukan maksiat, berjudi, lumba motor dan banyak lagi. Akhirnya, banyaklah bencana berlaku seperti gejala sosial dikalangan masyarakat.

Akan tetapi, kita terlupa sebenarnya di dalam diri manusia terdapat satu lagi anggota yang sangat penting iaitu hati. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:” Di dalam diri manusia terdapat seketul daging, jika baik baka baiklah seluruh tubuhnya, jika rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya maka ketahuilah bahawa daging itu ialah hati”. Jika kita renung kembali hadis tadi, benarlah apa yang telah disebut oleh Baginda s.a.w bahawa hati itu adalah antara anggota yang penting bagi manusia kerana banyak penyakit berkaitan dengan hati seperti sakit hati, patah hati, kecik hati dan sebagainya. Di sebabkan oleh penyakit inilah berlaku perpecahan dikalangan umat Islam khususnya.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Hassan al Banna di dalam buku Jalan Dakwah antara Qiyadah dan Jundiyah karangan Mustafa Masyhur:

“ Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga kerana ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh-musuh ke atas kamu. Walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar-benar dan hilang setiap perkara yang menyambungkan kepada kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat. Adapun sekiranya kamu masih bersikap seperti hati seorang lelaki (bersatu hati) mengarah kepada Allah mengambil untuk jalan ketaatan terhadapNya semua yang diredhai Allah maka janganlah kamu berasa lemah dan jangan lah kamu sedih kerana sesungguhnya kamulah yang tinggi seta Allah bersama kamu”.

Maka sama-samalah kita bermuhasabah dan koreksi diri kita setiap masa agar azam kita untuk berhijrah tidak terhenti begitu sahaja. Belajar Beramal Konsisten…Sebarkanlah.
Hidup Islam..Hidup Biar Berjasa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails