Tuesday, June 23, 2009

Cantiknya

Inginkan kecantikan dan suka pada kecantikan tidakmenjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia.Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w telah menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan sukakan pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat dan kesempurnaan-Nya.

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu keindahan Islam ialah ajaran yang sangat cocok dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Allah tidak menyuruh untuk mencederakan tubuh badan sebagaimana yang dilakukan oleh penganut agama hindu, akan tetapi Allah hanya menyuruh hamba-Nya untuk sujud dan beribadah pada-Nya.

Manusia suka cantik. Islam juga begitu. Manusia suka baik, Islam juga begitu. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi juwa orang itu yang tidak indah. Umpama kelawar yang tidak dapat melihat di siang hari, bukan kerana siang itu gelap, tetapi mata kelawar yang tidak mampu menatap terangnya siang.

Atau bagai mentari yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia terlalu terang. Begitu jugalah Tuhan Pencipta dunia ini tidak dapat dilihat kerana Dia sangat indah. Bahkan alam ciptaan Allah ini juga sangat indah, hingga ramai manusia terpesona dengan keindahan dunia sehingganterhijab melihat keindahan Penciptanya.

Manusia juga adalah ciptaan Allah, dan tentu sahaja manusia itu cantik dan kacak. Tetapi, dimanakah letaknya kecantikan sebenar manusia? Ramai orang memberikan pendapat bahawa kecantikan manusia dan kacaknya dia terletak pada rupa, bentul fizikal dan sebagainya.

Penilaian dari sudut pandang Islam adalah sangat berbeza dari pandangn manusia biasa yang membunyai fikiran terbatas. Rupa fizikal bukanlah sesuatu yang hakiki mahupun 'ori' kerana semua itu akan hilang jika usia semakin meningkat.Selaras dengan penilaain Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya adalah lebih tepat dan benar. Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerit mahupun akhlak. Jika kecantikan ini ada pada seseorang, maka ia lebih kekal. Inilah kecantikan hakiki menurut penilaian Allah. Rasulullah s.a.w bersabda: " Mukmin yang terbaik adalah yang terbaik akhlaknya". Dan Rasulullah juga diutusakan untuk menyemprnakan akhlak." Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak".

Kecantikan akhlak adalah sesuatu yang abadi. Justeru, kata pepatah, hutang budi dibawa mati.Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh manusia. Ya, mata meilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentik tubuh. Tetapi hati menilai pada akhlak dan budi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails