Monday, July 6, 2009

Berhati-hati dalam Menuntut Ilmu

Ketahuilah~ Wahai saudaraku yang sangat berminat menuntut ilmu dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan, seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramaiterhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan dunia. Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seoang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah SAW:

" Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."

Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap, maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaiakat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

Dan ketahuilah wahai sahabatku bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasukdi dalam golongan orang yang beruntung.

Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera ( dunia ) dn mendapatkan kemuliaan pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan meksudnya. Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Jikalau dia mati sebelumsempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su'ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah (kalau mahu dimaafkan atau diseksa). Tetapi kalau dia mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya san sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai. Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung, kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga: Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu unutk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama'. Dia bercakap seperti percakapan ulama, dan berpakaian seperti pakaian ulama' pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia. Orang yang seperti ini ternasuk dalam golongan orang yang binasa , jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sengat tipis harapan untuk dai bertaubatkepada Allah kerana menyangka bahawa dirinya termasuk dalam golongan orang yang baik.

Rujukan: Bidayatul Hidayah: Imam Al Ghazali


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails