Saturday, April 24, 2010

Kembara 1: 135 LC vs Vespa

Baru sahaja tiba di Gombak setelah menempuhi perjalanan yang amat jauh bagi ku. Bertolak dari rumah pada pukul 7.15 pagi, aku menunggang motosikal 135LC menuju ke rumah datuk ku di Parit Sulong untuk bersua seketika sebelum bergerak terus ke Taman Ilmu dan Budi. Perjalanan melebihi 300km memakan masa hampir 4 jam amat memenatkan kerana aku bergerak secara solo.


Masuk ke highway di Pagoh, aku terus memecut laju sehingga 140km sejam dan memotong beberapa buah kenderaan dengan gembiranya. Apabila melepasi tol Tangkak, aku terjumpa sebuah Vespa. Vespa itu amat laju kerana agak sukar untuk ku memotong. Tetapi, dengan kekuatan 135cc yang ada pada moto ku, aku dapat memotng dengan jayanya dan meninggalkan beberapa tiang jauh dibelakang. Aku berasa bangga. Tidak lama kemudian, Vespa tersebut muncul dibelakang ku. Sungguh laju.

Melihat meter minyak yang menandakan hampir habis, aku singgah di R&R Ayer Keroh untuk mengisi minyak. Aku berhenti seketika bagi melepaskan lelah. Vespa tersebut turut mengisi minyak. Apabila sudah membayar penunggang Vespa yang hampir 50 tahun umurnya menyapa aku.

"Blaja ke?"
"Ya, nak balik ni"
"Kat mana?"
"UIA"
"Dari mana ni?"
"Batu Pahat"
"Batu Pahat kat mana?"
"Rengit. Pak Cik duduk mana?"
"Pak Cik duduk Senggarang, kat Parit Saidi Laut. Rengit kat mana? Sg. Dulang ke Sri Ladang?"
"Kat Jambi"
"Tempat Wak Darus ke?"
"Ha a. Rumah saya dekat dengan rumah penghulu"
"Pak cik dulu kerja kat pejabat pos Rengit 5 tahun. Sekarang kat Senggarang."
"Pak cik nak ke mana?"
"Nak ke Kuala Kangsar. Ada karnival. Kawan-kawan dah gerak semalam. Jauh lagi perjalanan."

Dalam hati aku berbisik" fuh, mantap betul pak cik ni, naik vespa je, aku gi uia pun da penat".

Pak cik tersebut bergerak meneruskan perjalanannya. Selepas itu aku terus mengisi minyak dan meneruskan perjalanan. Apabila tiba di R&R Seremban, aku mengisi minyak dan bersua sekali lagi dengan pak cik tersebut. Sejam selepas itu, aku tiba di UIA.

# Itulah kuasa Ilahi, orang 'kampung' tak pernah pun jumpa, akhirnya bertemu di satu tempat yang jauh dari kampung halaman yang kadang-kadang rasa pelik bagi sesetengah orang. Tapi itu semua kuasa Allah. Tapi, terlupa pulak nak tanya nama.

2 comments:

Faridah Mohd Tap said...

tu tandanya kamu kena tukar vespa..laju dan menyebabkan penunggangnya tak penat walau duk jauh mane pun...

Ibnrushd said...

hmmm....ti sy ambk vespa ayah k.sarah...hahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails