Thursday, June 10, 2010

MUMTAZ'10

Alhamdulillah, satu program telah diadakan disebuah sekolah agama di Muar dan aku telah menjadi salah seorang penggerak di dalam program tersebut. Kali ini berlainan sedikit berbanding program-program yang pernah dianjurkan kerana konsep sebelum ini adalah lebih cenderung kepada membina dan mencari ahli baru. Sasarannya juga berbeza. Kali ini lebih kepada motivasi kepada pelajar yang boleh dianggap pelajar sekolah rendah.


Ini merupakan program yang pertama kali pernah diadakan di daerah itu dan kerjasama dengan pihak sekolah. Yang berlainannya bukan sahaja objektif yang berbeza, tetapi  pihak lain juga turut terlibat. Jadi ini mungkin pengalaman yang menarik dalam memimpin sesebuah program. Dengan jumlah peserta pada asalnya dianggarkan seramai 160 orang berkurang kepada 120 orang. Ini merupakan perkara biasa tetapi apabila ibu bapa terlibat sama pada waktu malam, keadaan sedikit berbeza.

Dari sudut urusetia pula, walaupun berlaku kelompongan ada ketikanya, tetapi mereka fleksibel dalam melakukan tugasan. Inilah yang diperlukan dalam menggerakkan jemaah. Saling memberi bantuan kepada yang lain. Syabas ku ucapkan kepada semua penggerak, fasi dan juga penggerak utama.

2 comments:

AL-ZAHRAWI said...

salam..tahniah PM..teruskan perjuangan demi Islam tercinta..

Ibnrushd said...

syukran kpd tuan rumah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails