Tuesday, June 22, 2010

Sirah: Di sebalik Marvi Marmara


Asslamualaikum, selamat sejahtera kepada semua, rakan seperjuangan dan seluruhnya. Terima kasih juga kepada Tuan punya dunia. Ini adalah sedikit perkongsian yang boleh diceritakan disebalik Mavi Marmara oleh seorang pejuang Ust Hasanuddin Bin Yunus, salah seorang ekspedisi tersebut. Beliau menceritakan tentang kejadian tersebut dan sirah.

Dalam kuliah beliau, Allah menyebut dalam Surah Al Fatihah yang mana perkataan 'Maghdub' adalah kaum Yahudi. Mengapa? Kerana Yahudi mengaku bahawa mereka sahajalah yang layak untuk menyembah Allah dan mereka mengaku mereka semua adalah anak tuhan berbanding kaum Nasrani yang mengaku Isa adalah anak tuhan. Mereka merupakan golongan yang bertuah kerana dikurniakan para nabi dan rasul tetapi mereka telah membunuh nabi mereka sendiri. Kaum Yahudi juga adalah kaum yang meninggi diri setinggi-tingginya.



Dalam Surah Isra' ada disebutkan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Masjidil Aqsa dan kemudian diangkat ke langit untuk bertemu Allah. Peristiwa ini berlaku sebelum hijrah kerana untuk persediaan Baginda menghadapi masyarakat yang berada di Madinah selain Aus dan Khazraj iaitu Yahudi. Ketika Baginda di naikkan ke langit dan bertemu Allah, Baginda telah diberi amanah iaitu solat pada awalnya 50 kali akhirnya menjadi 5. Seolah-olah Baginda diajar untuk bercakap, mengadu dan berhujah kerana Baginda akan menghadapi kaum yang tekenal dengan putar belitnya.

Kisah Mavi Marmara yang merupakan usaha yang dijalankan selama 5 tahun, kapal yang dibeli second hand dibaiki dan diguna semula. Para aktivis dan sukarelawan ini menggunakan bantuan dari Turkey untuk memasuki Gaza kerana negara tersebut ada hubungan dengan Israel Zionist seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara tersebut. Kapal tersebut yang membawa barang-barang bukan sahaja pakain, makanan dan perubatan, tetapi simen, pasir, besi untuk membina hospital baru. Kapal itu dipenuhi penumpang dari pelbagai bangsa dan berbagai agama bagi membuka mata dunia. Dengan tujuan menghantar bekalan, memecah tembok pemisahan dan membuka mata dunia mengenai kekejaman Israel ini.

Bagaimana kisah hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah yang mempersaudarakan kaum Ansar dan menjalinkan hubungan dengan kaum lain. Begitulah yang dilakukan oleh aktivis di dalam kapal tersebut, berkenalan dengan semua orang tidak kira muslim atau kafir, mukmin atau munafik. Ketika berada Laut Mediternean, terdapat bot yang telah menghalang perjalanan tersebut dan mengatakan bot tersebut rosak. Kapten kapal bersyura dan membawa naik awak-awak bot ke kapal. Tetapi mereka dalam pengawasan kerana takut mengganggu perjalanan. Begitulah, betapa hati-hatinya para aktivis tersebut bagamana sirah Baginda bahawa orang-orang munafik ini telah mengganggu usaha Baginda dalam perang Badar dan dakwah Nabi.

Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan kaum muslimin ingin melakukan umrah ke Makkah tanpa sebarang senjata. Keadaan ini adalah untuk memberi tekanan kepada penduduk Makkah dan jika penduduk Makkah menyerang sudah tentu mereka akan dikutuk oleh sekuruh masyarakat Arab sehingga terjadi satu perjanjian Hudaibiyah. Jika Nabi dan kaum muslimin membawa senjata sudah tentulah akan dikutuk oleh masyarakat Arab. Seperti di Marvi Marmara, mreka tidak membawa sebarang senjata dan latihan ketenteraan, menuju ke Gaza untuk memberi tekanan kepada Israel. Bukan itu sahaja, tetapi terdapat bangsa dan agama lain. Jika hanya orang Islam sahaja tidak menjadi tekanan kepada Israel. Akhirnya seluruh negara mengutuk Israel termasuk Barrack Obama pada awalnya kerana akibat tekanan tersebut tentera Israel telah menembak mati 9 orang.

Itulah serba sedikit perkongsian dan cerita dari seorang pejuang yang akan terus berjuang. Tetapi bagaimana kita???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails