Sunday, October 31, 2010

Bersama Mencari Bahagia


Entry kali ini bukanlah nak meniru tagline sahabat aku Mencari Bahagia, tetapi sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat yang rapat dengan aku. Sekarang ini adalah minggu-minggu peperiksaan akhir semester bagi hampir semua unuversiti termasuk UIA. Berbagai aksi dan ragam apabila nak exam ni. Stress, tension itu semua tidak terlepas daripada manusia yang bergelar mahasiswa termasuk aku.

Bermacam-macam aku lakukan termasuk 3 lagi sahabat aku Brown, Chairil, dan juga Froy. Apabila ada yang menghadapi tekanan emosi, akan ada yang ajak keluar makan bersama untuk mengembirakan rakan yang stress. Rasa tidak selesa melihat kawan baik muram dek pelajaran. Begitu juga sakat menyakat antara kami sehingga mr presiden pun menjadi sasaran.

Petang tadi, idea Brown mengajak keluar bersia-siar ke ke Taman Metropolitan, Kepong. Melepaskan tekanan dan juga peperiksaan seketika. Untuk menggembirakan hati yang resah gelisah. Melihat kegembiraan masyarakat bersama keluarga, meluangkan masa bersama. Bermain layang-layang, memancing dan sebagainya. Seronok melihat orang gembira, diri pun turut gembira.

Teringat lagu Sami Yusuf bertajuk Healing. Memberi aku pengajaran bahawa kita sepatutnya menjadi ubat bagi keluarga, sahabat, dan masyrakat. Bagaimana? Terserah kepada individu. Itulah yang sedang kami praktikkan.


Bersama-sama Bahagia...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails