Friday, February 18, 2011

Bacalah...


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." Surah al 'Alaq
Ayat ini amat masyhur dikalangan umat Islam kerana ia merupakan ayat dan juga perintah yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Ayat ini juga menunjukkan betapa pentingnya membaca dalam mencari ilmu untuk kehidupan diduna dan juga akhirat. Membaca juga boleh diluaskan skopnya, tidak semestinya membaca sesuatu yang ditulis, tetapi kita boleh membaca alam ini sebagai salah satu tanda kehebatanNya.



Ketika dalam perjalanan pulang menuju ke Johor, saya melihat perbezaan antara kaum Melayu, Cina, dan juga India di dalam transit aliran ringan (LRT). Semangat membaca amat ketara perbezaannya dikalangan  3 bangsa yang terbesar di Malaysia ini. Bukan untuk menimbulkan semangat perkauman tetapi mahu mengambil ibrah dari apa yang telah berlaku. Orang Melayu duduk bersahaja sambil mendengar lagu. India pula sibuk berborak manakala Cina sibuk membaca tidak kira apa jenis bahan bacaan.

Mari kita lihat, kaum bukan Islam ini mengambil intipati apa yang terdapat di dalam Al Quran sedangkan mereka tidak tahu membaca Al Quran itu, paling tidak dalam terjemahan. Manakah perginya Melayu Muslim yang kerap membaca kitab agung ini? Fikirkan bersama....

2 comments:

sfatimahzj said...

jom kita mulakan gaya hidup membaca!hehe..
kita start n insyaALLAH bakal mempengaruhi orang sekeliling..jom2..huhu

Ibnrushd said...

lets start...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails