Thursday, September 11, 2008

TAMRIN JUNDI/MUHAYYAM SHABAB MUSLIMIN


Alhamdulillah...pada 5-7 September 2008, pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi UIAM Nilai telah berjaya menganjurkan satu program kaderisasi yang dinamakan Tamrin Jundiy/Muhayyam Shabab Muslimin yang bertempat di Kolej Dar Hikmah, Kajang. walaupun pada asalnya mempunyai banyak halangan dan cabaran, berkat kesungguhan dan kesabaran pimpinan, akhirnya program tersebut berjaya dilaksanakn.

Program tersebut melibatkan beberapa buah universiti bagi menyahut seruan pada muktamar pusat supaya menggabungkan program bagi beberapa buah universiti. Antaranya ialah UIAM Nilai, KUIS,USIM,UKM, dan Kolej Lagenda,akan tetapi hanya dari UIAM Nilai sahaja yang dapat menghantar peserta. Jumlah peserta yang mengikuti program ini seramai 6 orang. Walaupun jumlah adalah terlalu kecil dari yang dianggarkan, ini tidak bermakna ianya adalah gagal. Jangan ditangisi terhadap jumlah kecil, tetapi hargailah mereka yang hadir. Sifat syukur itu mesti ada dalam diri setiap insan. Akhirnya, pengarah program membuat keputusan agar pimpinan menjadi peserta program tersebut memandangkan ramai yang belum pernah menyertai Tamrin Jundiy.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walaupun jumlahnya sedikit. Antara pengisian yang telah diberikan ialah taklimat program dari saudara Aminuddin dan saudara Hanis selaku kem komander. Pada malam pertama ialah sesi ta'aruf dan mind setting. Antara slot ceramah ialah Konsep Hamba dan Khalifah oleh Abg Jufitri dan Dakwah dan Kepentingannya oleh Abg Ahmad Saparuddin. Di dalam program tersebut juga diselitkan dengan LDK dan agenda dari pusat yang disa,paikan Oleh Abg Hilmi, presiden PKPIM. Dan akhir sekali adalah sesi POA dan SWAT. Sesi ini amat bermakna kerana setiap pimpinan boleh bermuhasabah diri masing-masing.

Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah mempunyai kelebihan dan kekurangan. Begitu juga di dalam program ini, antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah kurangnya kerjasama antara pimpinan, kelemahan pengarah program dan kurangnya iklan yang berkesan. Perkara ini peru diperbaiki.Jangan dijadikan kelemahan itu sebagai sesuatu alasan untuk kita tidak berjaya apda masa akan datang. Jadikanlah ia sebagai peluang untuk terus maju kehadapan.

Walau apapun, setiap pimpinan harus harus mengambil ikhtibar dan pengajaran yang baik dari program ini agar segala kesilapan dapat dielakkan bagi program yang akan datang.IKHLASKAN HATI, ISLAHKAN DIRI.

1 comments:

Orang Kampung said...

follow up tu penting hadi..
usrah jalan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails