Tuesday, March 16, 2010

Ilmu Itu Didatangi Bukan Mendatangi

Imam Malik pernah di datangi oleh Khalifah Harun ar Rasyid untuk berkunjung ke istana mengajar hadis kepadanya. Tidak hanya menolak dating ke istana, ulama yang bergelar Imam Dar Al Hijrah itu meminta agar datnag ke rumahnya untuk belajar.
“ Wahai Amirul Mukminin, ilmu itu didatangi bukan mendatangi’’, kata Imam Malik.
Akhirnya mahu atau tidak, khalifah yang dating kepada Imam Malik untuk belajar. Demikianlah sikap Imam Malik ketika berhadapan sengan penguasa yang adil. Ia dilayan sama dengan para pencari ilmu yang lain, dari kalangan rakyat jelata. Para ulama silam berpegang teguh dengan prinsip bahawa dekatnya hubungan dengan penguasa boleh menimbulkan banyak fitnah.
Tidak hanya Imam Malik yang melayan khalifah sedemikian, para ulama lainnya pun mempunyai pendirian yang sama. Suatu ketika, Khalifah ar Rasyid pernah meminta kepada Abu Yusuf, qadi Negara ketika itu, untuk mengundang para ulama hadis agar mengajar hadis di istana.
Tidak ada yang member persrtujuan untuk memenuhi undangan itu, kecuali dua orang ulama, Abdullah bin Idris dan Isa bin Yunus. Mereka bersedia untuk mengajarkan hadis tetapi dengan syarat: pembelajaran mesti dilakukan dirumah beliau, tidak di iistana. Akhirnya kedua-dua anak lelaki khalifah Ar Rasyid iaitu Al Amin dan Al Makmun mendatangi rumah Abdullah bin Idris. Disana, mereka mendapat ilmu seratus hadis. Setelah itu mereka berangkat kerumah Isa bin Yunus. Sebagai tanda ucapan terima kasih, Al Makmun memberikan 10 ribu dirham. Tapi Isa bin Yunus menolak.
“ Hadis Rasulullah s.a.w, tidak untuk mendapatkan apa-apa, walau hanya segelas air untuk diminum,” tegas beliau.
Sedangkan Abu Hazim(140 H) ulama pada zaman tabiin, menyatakan bahawa di masa sebelum dirinya, jika umara mengundang ulama, ulama tidak mendatanginya. Jika umara member, ulama tidak menerima. Jika mereka memohonnya, mereka tidak menuruti. Akhirnya penguasa yang mendatangi rumah ulama untuk bertanyakan sesuatu.
Fikirlah bersama…..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails