Thursday, May 20, 2010

Da'wah is Business

Allah Ta'ala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Di dalam kemelesetan ekonomi, ramai orang yang telah dibuang kerja dan tidak kurang juga yang sibuk mencari peluang pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Masing-masing sibuk dengan kerja untuk menampung keperluan seharian terutama dikalangan ahli pernigaan yang sedang merancang strategi, mencari pelanggan dan menghasilkan produ-produk baru, melaburkan wang di bursa saham. Suasana ini kita boleh dengan jelas di pusat beli belah, kompleks pernigaan dan lain-lain tempat. Semuanya sibuk mencari kepuasan dan kenikmatan yang sementara yang sudah pastinya akan dipulangkan kembali.

Akan tetapi, tidak ramai orang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan yang pastinya akan menyelamatkan kita dari azab yang pedih nanti seperti terjemahan ayat diatas. Perniagaan yang dimaksudkan itu adalah Da'wah. Sejauh manakah kita untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini? Adakah hanya sekadar mengisi masa lapang yang tersisa atau melakukannya dengan sepenuh jiwa?

Mengapa dakwah dianggap sebagai perniagaan? Jika diteliti kembali bahawa perniagaan memerlukan produk, pelanggan, agen dan juga ganjaran. Apakah produk dakwah ini? iaitu dengan beriman dan juga membela dan berjuang atas nama Islam yang merupakan produk utama. Siapakah pelanggan nya? Lihat ramai orang diluar sana yang ketagih akan hidayah dan ajaran yang benar yang wajib kita sampaikan. Maha Suci Allah dan juga kasihnya Nabi s.a.w kepada ummatnya meninggalkan sebahagian manusia yang masih dalam kegelapan untuk disampaikan cahaya Islam yang menjadi tanggungjawab kepada para da'ie. Manakala kitalah agen atau wakil  merupakan da'ie bagi menyampaikan dakwah ini, wakil bagi Allah untuk menyampaikan cahaya ke seleruh alam menyambung tugas para nabi dan juga rasul. Ganjarannya pula adalah kita selamat dari seksa api neraka yang sebagaimana kita ketahui azabnya dalah amat pedih. Inilah janji Allah kepada hambaNya yang merupakan janji yang pasti.

Bagaimana hendak melaksanakannya? Terpulang kepada individu mengikut kemampuan sebagaimana Allah telah berfirman:
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah:286)
Tiada paksaan bagi kita untuk menggunakan apa-apa kaedah yang bersesuaian selagi matlamat kita itu betul. Ada yang melakukannya dengan kuasa yang ada, ada yang mengunakan lisan dan tulisan. Dan ada juga yang menjadikan sifat dan akhlaknya sebagai contoh kepada orang lain.

Walau apapun, jadikan dakwah ini sebagai salah satu matlamat dalam hidup setiap muslim kerana janji Allah itu pasti.
Nak bisnes?
Jom dakwah....    

1 comments:

Cikgu Norza said...

Wah! Menarik isi blog ini.. Sila ke blog Mak Long, ajak kawan2 sekali.

p/s: Jangan lupa klik iklan Google.. He.. He..

nasheedtube.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails