Thursday, June 10, 2010

Siapa Yang Perlu Diajar?

Situasi :
Seorang budak lingkungan berumur 6 tahun sedang bersolat disebelah abangnya disebuah masjid. Budak itu memijak-mijak kaki abangnya ketika solat mungkin kerana geram. Kadang-kadang digigit tangan abangnya itu. sehingga mengganggu jemaah lain. 
Apabila sudah selesai, abangnya itu membawa budak itu keluar dan ada jemaah lain yang menegur kerana marah barangkali.

Situasi:
Seorang lelaki bergurau dengan budak kecil ketika mengadakan satu program. Lelaki itu ditugaskan untuk memantau pergerakan program dengan menunggang motosikal. Lelaki itu mengajak budak tersebut untuk mengikutinya. Beliau memanggil," Hei cikaro, jom. nak ikut tak".
"Tau tak cikaro tu apa?"
Budak itu menjawab," Tak tau".
Apabila pulang ke rumah, budak itu pun menyebut perkataan itu

Jika kita perhatikan situasi diatas, apa persepsi kita terhadap perkara yang berlaku. Kalau dilihat situasi yang pertama, seakan kesalahan itu diletakkan ke atas budak tersebut kerana telah mengganggu orang lain. Tetapi, sebagai makhluk yang berfikir, orang yang lebih berakal sepatutnya memainkan peranan dalam mengatasi hal ini. Budak itu mungkin boleh diletakkan di saf belakang. Jika kita lihat budaya masyarakat melayu khususnya, jika ada budak kecil, mereka akan diletakkan dibelakang bagi mengelakkan gangguan terhadap jemaah lain.
Ataupun menggunakan kaedah lain sama ada secara lembut atau kasar. Teringat sewaktu kecil, jika bermain didalam masjid belum lagi ketika solat, sudah pasti akan mendapat habuan apabila pulang dirumah. Habuan bukan kerana benci, tetapi tanda sayang untuk melahirkan insan yang berguna.


Situasi kedua pula jelas kelihatan bahawa lelaki itu mengajar sesuatu yang kurang elok tanpa sedar walaupun pada asalnya hanyalah gurauan. Kadang kala gurauan boleh membawa kepada keburukan. Jika dilihat, lelaki itulah yang lebih berakal, boleh berfikir dengan baik. Sepatutnya dia haruslah mengajarkan sesuatu yang elok kepada kanak-kanak. Kerana kanak-kanak ini akalnya pendek dan otaknya masih fresh, maka sudah tentulah dia mudah meniru sesuatu. Action speaks louder than words itulah yang boleh diungkapkan. Kanak-kanak tidak pernah gagal dalam meniru sesuatu.

Teringat ketika pulang ke kampung, mak cik menceritakan perihal anaknya yang asyik menyebut perkataan 'poyo' sedangkan tidak pernah diajar sebegitu dirumah. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi fikrkan bersama bagi orang yang berakal.

Imam Al Ghazali pernah berkata: Jika hendak melihat pemimpin akan datang, lihatlah pemudanya pada hari ini. Dalam mengajar dan mengajak orang lain, janganlah kita lupa untuk mengajar diri sendiri.

1 comments:

Nur Qaseh said...

ckp pasal poyo.....mmg ak suke sebut prkataan tue......tobat2 xnk buat lg!!!!!!!!!!!!!! huhuhuhuhuhuhuhuhuuuhuuuuu
gunakanlah akal dgn sebaik2nye....huhuhuhuuu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails