Wednesday, July 14, 2010

Saya Cucunya....

Selesai sahaja usrah bersama senior atau otai, tiba-tiba Hj Ishak tanya:
" Sape yang duduk Jambi tadi?"
Aku menyahut," Ya, saya"
Kampung Sungai Jambi merupakan kampung aku yang terletak di daerah kecil Rengit.
" Jambi tu sebelah mana?"
"Hmm, nak cakap macam mana ek, Haji tahu rumah cikgu Taib?"
"Ya, saya tahu"
"Rumah saya sebelah rumah dia la"
"Owh, rumah awak kat baroh sana. Rumah saya kat darat"
"Dengan beteng tu?"

"Naik atas lagi"
"Jauh tu". Kampung aku ni amat panjang hingga dipisahkan oleh tiga jalan utama bagi memudahkan penduduk.
"Haji kenal atuk saya tak? Md Nasir."
"Hmm, ntah la lupa kot" mungkin lupa barangkali.
"Cikgu Kasmon?"
"Ya, saya kenal tu cikgu saya."
"Tu atuk sedara saya, Md Nasir adik beradik dia la."
"Ya, saya ingat. Cikgu Nasir tu pun cikgu saya jugak. Fuh, sangkeng garangnya."
" Saya ni cucu dia."

Tak sangka dapat berjumpa bekas anak murid kepada arwah datuk aku. Datuk aku merupakan seorang guru agama. Cerita dari ibuku bahawa datuk aku seorang yang amat garang. Dirumahnya, datuk aku akan mengajar budak-budak kampung mengaji pada waktu malam sambil dibantu oleh ibu ku serta adik-adiknya. Apabila salah bacaan beliau akan tegur kadangkala menjerit bagi membetulkan kesalahan. Sifatnya amat pemurah, suka menjamu tetamu dengan segala hidangan yang ada dirumah. Suka menjemput orang musafir bagi bersahur  pada bulan Ranadhan. Itu adalah sedikit apa yang diceritakan oleh ibuku.

Allah lebih sayangkan datuk aku. Beliau meninggal ketika ibuku baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti pada tahun satu di UiTM. Beliau meninggal kerana kemalangan di sungai ayam yang terletak di Batu Pahat. Semoga datuk aku bersama orang-orang yang soleh.

Aku merasa gembira bila berjumpa dengan anak didik datuk aku. Kerana aku akan dapat menambah kenal siapa datuk aku serta perwatakannya walaupun tidak pernah bersua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails