Wednesday, July 7, 2010

UPSI : Nostalgia Berulang


Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) kemudian ditukar kepada Institut Perguruan Sultan Idirs dan dikini lebih dikenali sebagai UPSI merupakan universiti pendidikan yang pertama di Malaysia.(sejarah UPSI) Terletak di Tanjong Malim yang merupakan bandar kecil selatan negeri Perak.



UPSI mempunyai satu nostalgia didalam keluarga aku yang mana arwah datuk Md Nasir merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah agama di Rengit. Beliau akan pergi ke UPSI yang dahulunya lebih dikenali sebagai maktab perguruan SITC untuk mengikuti kursus dan sijil perguruan. Beliau pergi setiap kali tibanya cuti sekolah.

Bapa aku juga mempunyai kenangan di UPSI yang dahulunya dikenali sebagai IPSI pada tahun 1993 untuk mengikuti kursus perguruan disana kerana beliau juga merupakan seorang guru. Sebuah rumah kecil yang terdapat di hadapan universiti tersebut adalah tempat tinggalnya pada ketika itu dan kini masih wujud lagi.

Kini adikku menyambung sejarah itu. Dia mengambil bidang pendidikan moral yang baru sahaja mendaftarkan diri pada tahun. Dia merupakan generasi ketiga pendidik dan guru di dalam keluarga aku.

Selepas tamat persekolahan, bapaku menyuruh aku untuk memohon maktab tetapi aku menolak. Ada orang bertanya," kenapa tak pilih  course perguruan?". Mungkin kerana aku daripada keluarga pendidik. Itu adalah antara soalan-soalan yang sering diajukan kepada aku sama ada keluarga ataupun kawan-kawan. Aku tidak memilih bidang itu adalah kerana minat yang berbeza. Walau apapun, tidak semua guru itu adalah pendidik. Walaupun aku tidak menjadi guru tetapi masih boleh menjadi pendidik.Tetapi aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


Semoga adikku bakal menjadi seorang guru malah pendidik yang akan membimbing ummat pada akhir zaman ini yang kian bercelaru kepada jalan yang benar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails