Thursday, August 26, 2010

Hayya Li Tadaraus wa Ihtifal bil Yaumil Istiqlal

Bila tiba sahaja bulan puasa, sudah pasti banyak agenda atau acara yang diadakan oleh orang Islam terutamanya masyarakat Melayu. Sejak hari pertama lagi wujudnya bazar Ramadhan yang tidak akan wujud dibulan lain, begitu juga Iftar Jamaie atau Majlis Bebuka Puasa yang diadakan secara besar-besaran.



Minggu ini sahaja, begitu banyak iftar yang telah diadakan di UIA termasuk dari kuliayah-kuliyah, staf san sebagainya. Tidak terlepas juga Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh yang telah mengadakan majlis berbuka puasa di Galeri Kuliah Seni Bina (KAED) dan aku merupakan salah seorang ahli jawatankuasa. Majlis bebuka ini adalah khusus untuk pelajar fiqh dan usul fiqh dari peringkat sarjana muda, sarjana dan juga ijazah kedoktoran(Phd).

Kehadiran tidak sepenuhnya tetapi hampir 350 orang termasuk pensyarah dan juga staf jabatan. Pada tahun ini, iftar dibuat dengan sedikit kelainan dengan dimulakan majlis khatam al Quran seterusnya nyanyian lagu Negaraku sempena Hari Kemerdekaan dan juga ucapan dari Ketua Jabatan Dr Ahmad Basri Ibrahim. Dan akhir sekali adalah agenda paling dinantikan ramai iaitu berbuka puasa.

Objektif yang dilaksanakan pada kali ini selain berbuka bersama dan mengeratkan silaturrahim adalah khatam al Quran. Semoga apa yang telah terlaksana mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails