Saturday, September 25, 2010

Dalam Hati ada TUHAN


Fitrah manusia yang diciptakan akan mempercayai sesuatu kuasa yang hebat, yang boleh melindungi, membimbing dan sebagainya yang dianggap sebagai tuhan dan dijadikan sebagai agama dan kepercayaan. Ini adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dinafikan oleh semua orang.Cuba kita lihat anak kecil, apabila berada dalam kesusahan, siapakah yang akan dipanggil atau disebut namanya? Sudah tentu ayah atau ibu kerana dia yakin bahawa dua insan ini boleh memberi perlindungan kepadanya.
Ada yang menganggap bahawa patung, alam, dan roh sebagai tuhan mempunyai kuasa yang hebat. Tidak kurang juga yang menolak wujudnya tuhan tetapi itulah sebenarnya tuhan dan kepercayaan mereka. Tetapi, yang pasti Allah adalah sebenar-benar Pemilik, Pelindung.


Cuba kita tanya pada diri, siapakah didalam hati ini? Mungkin ada sebahagian akan kata keluarganya, hartanya. Tidak kurang juga yang mengatakan teman lelaki atau perempuan. Ada juga yang mengatakan dalam hati ini ada Tuhan (ALLAH) dan RasulNya. Ya, itulah yang patut kita timbulkan didalam hati hanya ada Allah dan RasulNya kerana Dia adalah Pemilik hati bagi setiap insan sebagaimana doa yang diajarkan:
يا مقلب القلوب ثبيت قلبي على دينك وطاعتك
“ Wahai pemilik hati, tetapkankanlah hati ini pada agamaMu dan taat kepadaMu”
Di manakah Allah dihati kita? Soalan yang harus kita jawab dengan jelas. Ia kembali kepada sejauh manakah keyakinan kepada Allah. Kita singkap kembali sirah para sahabat yangmana diantara mereka berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan juga bersedekah sehingga apabila ditanya oleh Rasulullah,” Apakah yang masih ada pada dirimu?” lalu jawapan yang balas ialah hanya Allah dan RasulNya. Begitu juga kisah-kisah para tabiin dan ulama’-ulama’ terdahulu. Jelas dari kisah tadi bahawa sahabat nabi menjadikan Allah tempat dihati mereka.
Di dalam Al-Quran banyak disebutkan bahawa kita sentiasa berzikir iaitu mengingti Allah seperti:
ألا بذكر الله تطمئن القلوب
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”
Banyak lagi ayat sedemikian disebut di dalam Al-Quran. Tujuan saranan tersebut bukan sahaja untuk memperoleh ganjaran dari Allah, tetapi ia mengukuhkan aqidah muslim disamping menjadikan hati ini adanya Allah.
Sama-sama kita renungkan…..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails