Monday, September 13, 2010

Seandaimya....

"Seandainya aku disuruh memilih di antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa tenteram yang damai dan selalu tersenyum, pastilah aku memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apalah ertinya pangkat dan kedudukan ekiranya jiwa sering cemas? Apalah ertinya segala ysng ada di dunia ini, bila perasaan sedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apalah ertinya kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah suram dan hanya membuat suasana rumahtangga seperti sebuah neraka sahaja? Tentulah seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangganya laksana syurga setiap saat.



Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga yang tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai denan watak dasarnya, adalah makhluk yang suka tersenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh kerana itu, tidak akan tampak keindahan dari orang yang hatinya kotor."

Petikan dari Dr 'Aid Al Qarni 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails