Wednesday, October 27, 2010

Terbongkar...


Bulan Oktober telah telah banyak isu-isu berkaitan negara dan kerajaan telah terbongkar. Terutamanya sejak pembentangan Bajet 2011 dan juga selepas Mesyuarat Agung UMNO. Banyak penyelewengan telah berlaku terutamanya dari segi kewangan negara. Kewangan merupakan satu aspek yang amat penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Laporan Ketua Audit Negara telah banyak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam sektor kerajaan. MAWIP mahu melupuskan aset-asetnya, tetapi tidak direkodkan. KTMB telah mengalami kerugiaan berbilion ringgit. Duit Tabung Haji dikeluarkan hampir RM450000 dengan menggunakan transaksi yang tidak sah. Ini antara yang kita tahu, yang masih tersembunyi?



Bajet 2011 ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan dengan alasan untuk menambah pendapatan negara. Tambahan pula berita di Malaysia Today:

Dalam tempoh lima tahun, hutang negara berada pada paras tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM362.39 bilion, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.


Beliau berkata jumlah hutang itu meliputi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selain itu, jumlah sebenar berkenaan nyata berbeza dengan jumlah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada Jun lalu iaitu RM233.92 billion. 

Bila difikirkan kembali, layakkah orang menguruskan kewangan negara sehingga negara mengalami hutang yang begitu banyak. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tetapi realiti tidaklah sebegitu.


Apabila negara dipimpin oleh bukan ahlinya, bukan bidangnya, tidak mustahil penyelewengan akan bertambah parah. Fikirkan bersama....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails