Thursday, November 25, 2010

Jambori Remaja Islam 2010

Jambori Remaja Islam

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, selesai sudah Kem Jambori Remaja Islam 2010 yang diadakan di Kwm Kaizen, Gunung Pulai. Disertai oleh 70 orang peserta dan di bantu oleh 25 orang fasilitator adan juga urusetia program. Program telah berlangsung selama 4hari dari 20 November hingga 23 November 2010.

Jambori ini merupakan program kali kedua setelah dilaksanakan pada tahun lepas. Kali ini agak berbeza dari sebelumnya, peserta perlu menjalani aktiviti lasak seperti jungle tracking, night walk, menempuh halangan dan sebagainya. Di dalam program ini, peserta lebih didedahkan dengan aktiviti luar di dalam memahami konsep dan tarbiyyah yang diberikan. Itulah antara keistimewaan program ini.

Walau apapun, carilah sesuatu yang luar biasa dari perkara yang biasa-biasa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails