Tuesday, November 30, 2010

Kita Dah Lambat Ni!!

Lambat sering dikaitkan dengan kura-kura

"Kita dah lambat ni" Satu ungkapan yang sering digunakan oleh manusia apabila sudah ketinggalan  dibelakang atau pun mengejar sesuatu yang berada dihadapan. Tapi ada juga yang berpendapat lambat ini bagus supaya kita sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati seperti memandu kereta.



Tapi kali ini saya ingin mengajak anda sama-sama untuk berfikir mengenai dunia Islam sekarang. Apa yang berlaku? Pihak yang terang terangan menentang Islam seperti Yahudi dan sekutunya sudah pun terkehadapan dari segi perancangan, teknologi, ilmu dan sebagainya. Mereka telah mencipta alat-alat yang canggih seperti mesin-mesin, enjin dan sebagainya. Tetapi umat Islam? Berapa banyakkah teknologi yang dicipta oleh umat Islam?

Kita lihat dari segi ilmu, mereka telah pun membuat berbagai kajian sains, sejarah dan sebagainya. Jika kajian yang dijalankannya itu menemukan mereka kepada Islam itu adalah satu ganjaran bagi kita. Tetapi ramai dikalangan mereka itu membuata kajian semata-mata nak menjatukan umat Islam tanpa kita sedar.

Kita lihat dari segi perancangan. Puak Yahudi telah pun merancang berpuluh tahun yang lalu demi merampas bumi Palestin dari tangan Islam. Mereka telah berjaya menguasai ekonomi dunia, sistem perundangan pun datang dari mereka dan rata-rata negara Islam mengikutinya. Hanya segelintir yang menolak.

Tapi bagaimana pula dengan musuh dalam selimut seperti kaum munafik. Mereka mengkucar kacirkan kita dan menikam kita tanpa kita rasai. Ada golongan yang mengaku Islam tetapi menyebarkan sesuatu yang kadang kala bertentangngan dengan ayat Allah. Mereka membawa idea kebebasan, hak asasi dan sebagainya. Akhirnya ramai umat Islam terpengaruh padanya.

Wahai para Da'i yang telah mengaku bahawa dirinya sebagai pejuang Islam, sama-sama kita berfikir, merancang dan bergerak maju kehadapan. Kerana " Kita dah terlambat ni Syeikh"
Mengejar dihadapan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails